Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Episod 18

2019-05-03 7,197

Hani baru tersedar akan kehadiran Mizan yang mendengar perbualan telefonnya. Hani cuba memujuk, namun Mizan masih merajuk. Lalu Hani terus masuk ke biliknya. Mizan mengikut Hani ke bilik. Dia menyatakan hasrat untuk mengenali isterinya. Mereka pun berbual hingga ke pagi. Hubungan Mizan dan Hani bertambah baik. Shila masih mencuba untuk menghubungi Nizam, tetapi Nizam tidak melayannya. Shariff sudah nekad mahu berjumpa Hani setelah dia sudah tahu di mana gadis idamannya itu tinggal.